Saturday, 12 November 2011

Ya Allah, Kenapa susah untuk aku berubah secara konsisten. (Nafas Baru)


Dalam hidup ini pasti ada perubahan. Yang berubah secara konsisten adalah apa yang ada di sekeliling kita. Setiap zaman, pasti berubah. Sama ada semakin baik atau sebaliknya, wallahu'alam. Lihat saja pokok-pokok yang dahulunya baru tumbuh, kini sudah besar dan segar. ada juga yang tak sempat hidup sudah ditebang. Hutan yang dahulunya segar-bugar kini telah berubah menjadi kawasan bandar. Segelintir hutan saja yang dijaga dan dilindungi. Semuanya berubah, bukan? Semuanya konsisten. Dalam erti jata lain, istiqamah.
Sekali sudah berubah, tidak akan kembali pada yang asal.

TETAPI.

Manusia tidak berubah secara konsisten. Ada kalanya kita berubah menjadi matang. Ada kalanya kita kembali kebudak-budakkan atau disebut dalam bahasa Inggeris, childish. Memang tidak konsisten. Perubahan kita seperti graf. Ada naik turunnya. Ada yang naik secara mendadak. Ada juga yang secara perlahan, dan sebagainya. Hmm. Iyalah, kita bukan nabi, kita bukan Rasul untuk menjadi seorang yang perfect. Malah nabi dan rasul juga pernah membuat silap. Inikan pula kita. Kita ni lemah sgt untuk berpegang kepada sesuatu perkara. Terlalu lemah, dek kerana nafsu yg ada, serta bisikan syaitan yg sentiasa menusuki hati kita. Hanya kita yang perlu mempunyai iman yang kuat untuk menepis semua perihal negatif tu. Namun walau apa pun, kita TAK BOLEH KATA YANG IANYA MUSTAHIL. :) Untuk berubah secara konsisten mmg susah, tetapi tak mustahil.

Azam dan niat?

"aku nak berubah laa..." "aku tak nak buat mcm tu lagi..." "aku akan jadi lebih positif!" "aku tak nak merokok lagi!"

Rata-rata dari kita akan ckp dekat kawan-kawan, yang kita nak berubah laa, nak jadi baik laa, tak pun kita macam betul je tulis dekat diari or blog yg kita nak insaf dll. Tapi? bila perubahan tu nak berlaku? Masa bercakap nak berubah, fuh bukan main beremosi dan ada yang sampai menangis. Kalau boleh time tu jugak nak start berubah. Tapi.. Baru masuk langkah pertama nak berubah, dah lelah. Bila kena tegur, nasihat or kritik sikit, dah goyah. Lepas tu, kembali pada asal. :( Sedih kan? kalau mcm tu, menang lah syaitan. Ini merupakan bonus la utk syaitan sebab awal-awal kita dah menyerah kalah. Jadilah kuat, kita kena tabah kalau nak berubah ni. jadilah manusia yangberpendirian (berpendirian yang positif dan teguh). Biar la orang nak kata apa, janji kita yakin kita betul, dan benar di sisi Allah s.w.t.

Untuk berubah, kita kena ada niat. Sewaktu kita niat, syaitan akan memperlekehkan kita. Sebab time tu kita belum mulakan langkah kita untuk berubah. Pada mereka(syaitan), kita ni cakap je lebih tapi tak buat. Syaitan belum percaya lagi akan niat kita. :) Tercabar tak kawan-kawan?

PERTOLONGAN ALLAH S.W.T.
Seelok-eloknya kita niat masa lepas solat. Setiap kali kita beribadah, kita niat. banyak kali lagi bagus, biar niat tu menjadi ingatan kita. Kemudian kita jangan lupa untuk berdoa kepada Allah, minta pertolongan padaNya agar dipermudahkan urusan kita untuk berubah, konsisten serta ditunjukkan jalan kearahNya. Allah sentiasa mendengar. Jangan pernah kita putus doa padaNya. Sebab itulah satu-satunya talian kita dengan Allah selepas solat.

PERTOLONGAN DIRI SENDIRI (USAHA)
Kita perlu usaha lebih untuk mendapat hasil yang "worth it". Atau erti kata lain, berbaloi. Contohnya kita nak jadi rajin dan tak nak jadi pemalas lagi. Kita kenalah ringan2kan badan dan alert pada sekeliling. Anggap saja beban untuk kita buat sesuatu itu adalah bonus kepada kita untuk membuat kebaikkan. Contoh juga kalau nak berhenti merokok, kita jangan pandang langsung rokok tu. Jauhkan diri dari orang-orang yang sentiasa mempengaruhi untuk merokok. gantikan aktiviti merokok itu dengan sesuatu hobi yang lebih menarik. Macam, kunyah chewing gum. :) atau apa-apa sahaja yang bukan negatif. JANGAN PERNAH SESEKALI KITA CAKAP"ALAH TAKDE IDEA LA NK BERUBAH MCM MANA". Katakan "TAK" PADA ALASAN!

Sebaliknya, ubah alasan tu kepada USAHA. Internet kan ada? Carilah ruangan motivasi yang ada menyelitkan inspirasi untuk berubah. Tak pun, boleh beli buku motivasi yang berkaitan. Lagi senang, hari-hari boleh baca.

PERTOLONGAN / SOKONGAN ORANG LAIN.
Kita pun perlukan sokongan. Barulah mantap. Kita mintalah sesiapa yang boleh diharapkan untuk menegur atau menasihati kita. Tips: Minta tolong kepada orang yang berpengalaman atau orang yang lebih tua. Contoh yang lebih tepat, Ibu bapa kita. Kenapa (?) kerana mereka lebih tahu bagaimana untuk membentuk kita, mereka lebih tahu cara yang betul untuk kita berubah. Elakkan dari meminta tolong dengan orang yang "sama kepala" dengan kita, sebab mereka juga seperti kita. Silap-silap daripada nak berubah, lain jadinya. Takut-takut kita lalai serta leka dengan hiburan/perngaruh mereka. Jangan salah faham, bukannya mereka tidak boleh diharap, tetapidikhuatiri kita akan lupa dengan niat kita untuk berubah. Tapi kita masih boleh berkawan biasa dengan mereka. (demi perubahan.) Tapi jangan sampai tak bertegur pula. Putus silaturrahim, dah dosa tu. Jangan keliru ye? :)

MINDA YANG TERBUKA. (MENERIMA CADANGAN DAN KRITIKAN ORANG LAIN)
Dari sudut "cadangan" : Lagi bagus kalau kita yang minta nasihat daripada mereka. Dari situlah kita boleh dapat inspirasi dan semangat. Mintalah pendapat lebih dari seorang. Biar minda kita terbuka luas. Kemudian, kita nilaikan sendiri, pendapat mana yang lebih berguna dan lebih bernas. PASTIKAN KITA LAKSANAKAN USAHA TU! Jangan bila dah tanya, buat omongan kosong saja, lepas tu kita buat tak tahu. Kasihan mereka dah fikirkan cara untuk membantu. Manfaatkanlah! Gunakan pertolongan yang ada untuk memperbaiki diri kita dengan sebaik mungkin.

Dari sudut "kritikan" : Segala perbuatan kita, orang lain tengok. Orang lain nampak. Dan mereka menilaikannya. Tak semua orang boleh terima dengan cara kita untuk berubah. Dan, tak semua langkah yang kita buat adalah betul(dan berkesan). Jadi, sekiranya ada orang mengkritik cara kita, senyum dan terima dengan hati terbuka. Mungkin kritikan itu tak betul, tapi kita perlu belajar cara untuk menerima kritikan orang. Barulah orang hormat akan usaha kita tu. Elakkan dari marah-marah, dari merajuk atau kutuk balik. Sebab mereka ni sebenarnya prihatin terhadap diri kita. Sebab tu lah mereka kritik kita. Kalau mereka tidak peduli, mereka tak akan kata apa-apa. Positiflah kawan! :D Hm, tapi, ada juga kritikan yang berasas. haa, yang ni nak kena titikberatkan. Kritikan yang berasas ni adalah permulaan untuk kita gunakan cara yang baru. Tapi kena pastikan kita yakin ia berkesanlah! Contohnya dia tak puas hati dengan cara kita, dan dia syorkan untuk kita buat dengan cara dia. Peranan kita, dengar. Kemudian tanya dengan baik, kenapa cara itu lebih berkesan dari cara yang kita lakukan sekarang. Setelah tu, kita cuba nilaikan. Mana yang sesuai, kita lebih tahu, bukan? Haa. Luaslah minda kita! Orang lain pun rasa selesa dgn kita. Mudah kan?

UBAH CARA PERGAULAN.
Rapatkan diri dengan golongan yang positif, yang paling baik, orang-orang yang beriman dan para ulamak. Tinggalkan semua kawan-kawan yang selama ini membuat kita leka, membuatkan kita alpa (bukan bermusuh, tapi jangan rapat.) Cara ini ibarat "hijrah" kepada sesuatu yang baru. Bila kita rapat dengan mereka, nescaya kita pun akan jadi positif seperti mereka. Cara ini sangat berkesan. Tapi jangan mempergunakan mereka semata-mata untuk memperbaiki diri kita. Sebaliknya, kawanlah dengan mereka secara ikhlas dan kerana Allah s.w.t. Di samping itu, doakan agar kawan-kawan yang masih belum sedar itu untuk berubah juga. Mudah-mudahan ianya menjadi nyata.



Akhir sekali, jauhkan diri dari perkara yang melalaikan, yang akan membenamkan rasa kita untuk berubah. Ini penting! Fokus pada sesuatu yang baik. Fokus pada benda yang kita jadi. Dan yang paling utama, Doa adalah penting bagi meminta pertolongan pada Allah s.w.t. Kita mestisentiasa ingat pada Dia. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana.

No comments:

Post a Comment